HENTI MEROKOK SECARA PERCUMA.

 

 

Sedutan maut yang kini boleh dirawat secara percuma. – gambar hiasan (Sumber foto: Hello Doktor).

Antara amalan untuk sentiasa sihat dan cergas adalah berhenti merokok. Ini kerana, ia menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes penyakit kritikal yang bukan berjangkit.

Ini seperti penyakit Darah Tinggi, Kolesterol, Kanser, Jantung dan Kencing Manis. Penyakit ini tidak hanya beri bebanan kewangan dan emosi kepada diri sendiri tetapi juga ahli keluarga.

patah rokok
KEAZAMAN untuk berhenti merokok perlukan keazaman yang kuat. – gambar hiasan (Sumber foto: Mstar).

Dalam masa sama, perbuatan merokok akan menyebabkan nafas perokok itu berbau busuk dan gigi mereka juga akan jadi kekuningan.

Justeru, jika ada yang berazam untuk berhenti merokok boleh sertai Program MQUITMASJID yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam Kebangsaan).

Program secara percuma ini boleh disertai di beberapa farmasi yang terpilih. Antaranya adalah Farmasi Pantai HillPark yang terletak di Jalan Pantai Murni 6, Pantai Hillpark, Kuala Lumpur.

Selain ia percuma, program ini juga:

  • Peroleh perkhidmatan yang lebih cepat berbanding jika guna khidmat itu di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.
  • Perolehi sijil Berjaya Berhenti Merokok.
  • Boleh kunjungi pada bila-bila masa yang sesuai termasuk Sabtu dan Ahad (bergantung kepada masa operasi klinik berkenaan).
Ada pelbagai jenis ubatan untuk hentikan amalan merokok. – gambar hiasan (sumber foto : the Asianparent Malaysia)

Namun begitu, perokok yang berazam berhenti merokok perlu memenuhi syarat yang dikenakan iaitu:

  • Muslim sahaja.
  • Berpendapatan B40.
  • Ada keazaman untuk berhenti merokok.
  • Kena patuh kepada jadual Follow Up yang ditetapkan.
  • Kena patuh kepada arahan yang diberikan oleh Ahli Farmasi.
  • Perlu ikuti program ini selama 6 bulan.

Jadi, jangan tangguh lagi untuk berhenti merokok. Program ini percuma. Ia hanya menuntut komitmen kita selaku perokok yang ada keazaman untuk berhenti merokok.

end.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *