KENALI KEMURUNGAN (ANXIETY DISORDER) DAN KETAKUTAN (FEAR).

 

Kecelaruan minda dan ketakutan boleh menjadikan seseorang itu sentiasa pasif. – gambar hiasan (Sumber foto: YADIM).

Tidak dinafikan bahawa perasaan KEMURUNGAN dan KETAKUTAN jika tidak dikawal berisiko untuk membawa seseorang itu mengalami gejala KECELARUAN EMOSI.

Biasanya, KEMURUNGAN itu bermula di zaman kanak-kanak atau remaja tetapi jika tidak ditangani dengan segera, ia akan berlanjutan hingga ke alam dewasa.

Definisi:

  • Ketakutan adalah tindak balas emosi terhadap ancaman yang nyata atau dijangka akan berlaku,
  • Kemurungan pula wujudnya kebimbingan terhadap ancaman masa depan.

Walaupun definisi itu dilihat seperti bertindih tetapi ia boleh dibezakan berdasarkan tindak balas daripada sistem saraf seseorang itu.

KETAKUTAN –  lebih dikaitkan dengan tindak balas fizikal yang difikirkan perlu bagi menangani ancaman yang muncul.

Tindak balas itu sama ada memikirkan, melawan atau melarikan diri daripada ancaman tersebut.

KEMURUNGAN – lebih dikaitkan dengan ketegangan otot dan minda dalam persiapan untuk tangani ancaman itu di masa depan.

Boleh diatasi dengan penggunaan ubatan. – gambar hiasan (Sumber foto: KlinikMinda)

Namun begitu, emosi PANIK pula timbul akibat tindak balas KEMURUNGAN dan KETAKUTAN, dan ada ketikanya akibat KECELARUAN EMOSI.

Untuk rawatan KEMURUNGAN, penekanan kepada aspek PSIKOTERAPi dan FARMAKOTERAPI harus ditawarkan, dan kedua-duanya dianggap berkesan.

Bagi aspek Psikoterapi, ia lebih kepada terapi tingkah laku kognitif manakala Farmakoterapi pula lebih kepada penggunaan ubatan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *